Assalammualaikum wbt..
Di sini saya ingin berkongsi serba sedikit info agar sahabat sahabiah mendapat sedikit gambaran...
Firman Allah Taala:
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja
mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan
sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya
Allah mengetahui orang-orang yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui
orang-orang yg dusta.” (Surah Al-Ankabut 29: Ayat 2-3)
Jom kita muhasabah ujian yang biasanya orang akan alami
seperti :
i) kena penyakit
ii) excident
ii) lumpuh
iii) kematian orang
yang menjadi pencari nafkah keluarga.
Sekiranya ujian-ujian ini tidak kita uruskan dengan
sempurna, ia akan menjadi MUSIBAH YANG SANGAT BESAR buat kita. Tekanan perasaan
juga akan menyebabkan kita tidak redha dengan ujian tuhan. Kita mungkin akan
mengeluarkan kata-kata yang akan menyebabkan kita binasa di akhirat nanti.
Mengapa kita perlu urus Musibah? Ibaratkan untuk perjalanan
yang jauh, kita perlu menguruskan segala persiapan untuk memastikan perjalan
kita tenang dan selamat . Sebagai contoh, kita akan memastikan brek berfungsi
dengan baik untuk digunakan ketika pemanduan. Jika kecemasan berlaku kita dapat
brek untuk elakkan kemalangan.
Begitu juga dengan perjalanan menuju hari tua, kita perlu
menguruskan segala persiapan untuk memastikan hidup kita tenang dan selamat.
Sebagai contoh, kita perlu menguruskan takaful untuk melindungi pendapatan.
Jika musibah berlaku, instrumen takaful dapat digunakan untuk menguruskan
musibah tanpa menjejaskan perbelanjaan harian kita.
APAKAH TAKAFUL?
- Takaful adalah instrumen kewangan Islam yang
berkonsepkan sedekah. Kita dan penderma lain akan menderma dalam satu tabung
kecemasan. Bila kita atau penderma lain ditimpa musibah, wang akan digunakan
dari tabung itu untuk membantu.
- diiktiraf oleh BANK NEGARA MALAYSIA,di pantau ole MAJLIS PENGAWASAN SYARIAH.
APAKAH PRUDENTIAL?
- telah bertapak di Malaysia selama 80 tahun dan selama 163 tahun di Asia
- menawarkan 2 jenis perlindungan: TAKAFUL dan CONVENTIONAL
APAKAH BSN?
- dikenali juga sebagai Bank Simpanan Nasional
- adalah bank kerajaan Malaysia
Maka,tertubuhlah PRUDENTIAL BSN TAKAFUL
Perkongsian petikan surah di dalam A-Quran:
1. Dalam Surah Al-Baqarah ayat 240, Allah Ta’ala berfirman:
“Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut yang tidak dilarang Syarak) itu dan ingatlah, Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana“
2. Manakala dalam Surah Yusuf ayat 47-48, Allah Ta’ala berfirman:
“Yusuf menjawab: “Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh 7 tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam (tuai) biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. “Kemudian akan datang selepas tempoh itu, 7 tahun yang bersangatan kemaraunya, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih)“
Dari dua petikan ayat Al-Quran di atas, jelas bagi kita untuk mempunyai satu bentuk simpanan atau “back-up” dari julat masa setahun hingga 14 tahun lamanya. Oleh yang demikian, “back-up” dalam bentuk saham, simpanan, emas, stok dll juga termasuk dalam bentuk simpanan yang telah dinyatakan di dalam Al-Quran, begitu juga “back-up” dalam bentuk perlindungan Takaful.
**RENUNG - RENUNGKAN DAN SELAMAT BERFIKIR SERTA BERTINDAK**
Kami sediakan jalan tapi keputusan di tangan kalian:)
Saya sedia membantu..:)
Zee 0172697848
Zee 0172697848
No comments:
Post a Comment